Rabu, 28 November 2012

Program Qaryah Anak Soleh




< DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI >



"Mata Fathi merah", kata abi kepada Tah pagi ini.  "Mata Tah sakit".  Tah yang terakhir sekali, mula-mula adik Solehah, kemudian mama, lepas tu abi, lepas abi Kak Ila dan  Fatihah Mujahidah, kemudian Fathan Jundullah, Tok Ayah dan akhir sekali Tah yang kena serangan "mata merah".



Pagi ini juga abi bawa Tah ke Klinik Doktor Ziad di Pekan Melor  untuk rawatan mata Tah. Disebabkan mata Tah sakit, maka rancangan untuk mengikuti Program Qaryah Anak Soleh terpaksa dibatalkan.

Abi menghubungi Ustaz Din, pihak yang mengurus program ini.  Abi minta Ustaz Din mencari maklumat untuk program seumpama ini untuk Tah pada musim cuti tahun ini juga. Mana tahu ada lag program yang boleh diikuti selepas Tah mata Tah sihat nanti, insyaAllah

Abi pesan pada Tah supaya bersabar menghadapi penyakit mata ini dan jangan kecewa  kerana tidak dapat mengikuti program Qaryah Anak Soleh.  Penyakit yang menimpa setiap manusia semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Siapa yang mahukan susah dan penyakit.


Ani kata, niat Tah untuk ke program Qaryah Anak Soleh telah dapat pahalanya. InsyaAllah jika ada tempat lain Tah  dapat ikuti selepas sihat nanti. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan