Sabtu, 4 Disember 2010

Nilam Puri


Abang Tah merenung masa depannya dari atas Masjid Kampung Laut. Abi telah buat keputusan untuk abang Tah ikuti program Kem Celik Al-Qur'an di KIAS Nilam Puri. Kelas akan bermula pada minggu pertama bulan Disember ini dan akan tamat pada 25 Disember nanti. Moga-moga penyertaan Ahmad Fathi ke program ini akan membuahkan hasil yang sebaik-baiknya. InsyaAllah.


Gambaran dari arah pintu masuk ke KIAS yang setiap hari jam 8:30 hingga 4:00 petang. Ada ketikanya pelajar akan belajar diatas Masjid Kampung Laut dan ada ketikanya pelajar akan mengikuti pelajarannya di dalam kelas mahasiswa KIAS.

Gambaran Masjid Kampung Laut dari arah masuk ke KIAS. Nampak keunikan dan kehebatannya. Hari ini sebanyak mana dana yang ada dari pihak mana pun tidak akan bina sebuah masjid yang bahannya seratus peratus kayu. Masjid Kampung Laut boleh dijadikan bahan bualan, kajian dan tatapan mata bahawa kebijaksanaan orang terdahulu mencapai tahap ilmu membanggakan hingga ke anak cucu hari ini.


Masjid bersejarah yang pembinaanya unik kerana tak berpaku. Kerana tak berpaku ramai yang meminati masjid ini. Bukan minat kepada masjid untuk sujud mengabdikan diri tapi minat kepada 'tak berpaku'. Namun ada juga yang semata datang untuk solat di masjid ini kerana bangga bahawa Masjid Kampung Laut ini 'bukan sebarang masjid'. Dari segi sejarah dan latarbelakang serta konsep pembinaan dan bahan binaannya.


Antara bangunan KIAS, yang menempatkan pelajar dari dalam dan luar Kelantan untuk melanjutkan pelajaran menggali ilmu sebelum meneruskan pembelajaran di luar negara.
Tidak ketinggalan dengan suami isteri dari Australia ini. Minat kepada keunikan pembinaannya. Saya sempat berbual sambil menunggu Ahmad Fathi.

Bersama Ahmad Fathan Jundullah....sambil tunggu abang Tah keluar kelas abi bersama adik Fathan.
Kawan-kawan abang Tah di Kem Celik Al-Qur'an.
Yang diatas masjid...dijendela tu ada Ahmad Baihaqi Fadhil.
Berdiri di papan kenyataan tentang Masjid Kampung Laut

Harapannya suatu hari nanti jadi penghafaz al-Qur'an

Akedemi Islam UM dari arah KIAS

Mula-mula masuk kelas ...hari pertama.

Orang kuat Kem Celik Al-Qur'an. Sedang memberi taklimat dihari pertama kem di dewan kuliah KIAS. Tahniah kepada mereka yang berpandangan jauh. Sanggup berkorban masa, tenaga dan pemikiran untuk mendidik anak bangsa...anak-anak pejuang supaya dapat akhirnya mewarisi perjuangan suci ini.

Sambutan menggalakkan.... Walaupun dikenakan RM 150 seorang, ibu bapa sanggup menghantar demi masa depan anak-anak. Mereka mahu anak-anak mereka menguasai al-Qur'an.

Kejayaan tidak semudah yang diucapkan. Juga tidak dapat dilihat dalam masa yang dekat. Para pelajar yang kini bertahap 'kanak-kanak' hanya pandai mengatur masa bermain dan makan saja. Nasib baik adanya mereka berpandangan jauh dan sanggup bekerja. Gabungan pihak berilmu serta diiringi dengan ibu bapa yang berkemampuan maka program al-Qur'ani sebegini dapat dijayakan. Kini, paling tinggi umur mereka 17 tahun, setahun dua lagi mereka menjadi 'orang tua'. Tenaga dan kemahiran mereka pula diperlukan dalam masyarakat. Paling tidak sebagai 'kepada berjamaah' di madrasah, surau dan masjid-masjid ditempet masing-masing. InsyaAllah. Begitu juga mereka-mereka yang terdahulu. Sambung menyambung cuma yang berbezanya teknikalnya. Moga-moga kita termasuk dalam golongan yng bertuah dan berjaya dengan al-Qur'an. Bagi mereka yang tidak mampu menghantar anak-anak ketempat seumpama ini, kita meyakini jika al-Qur'an yang menjadi keutamaan maka Allah akan membantu.


















































































































































































































































































Sedang dikemaskini

Bachok

Solat Jumaat di Bachok
.
Hari ini abi dan Tah solat Jumaat di Masjid Mahmudi, Masjid Jamek Bachok.
.
Istimewa masjid ini ialah kerana ia terletak berhampiran Pantai Irama Bachok.
.
Selepas solat abi dan Tah ke tepi pantai. Tah rasa nak berlari tepi pantai. Tah minta dengan abi untuk berlari tapi abi tak bagi kerana Tah masih berjubah.
.
"Apa ni abi ?". "Ni lah kapal yang rosak"