Ahad, 15 Ogos 2010

Kenangan Diambang Ramadhan

Mandi Kolam Renang Pantai Cahaya Bulan

Sebelum Ramadhan lalu, abi bawa Fathi dan Fatihah ke Pantai Cahaya Bulan. Kali pertama Fathi dan Fatihah merasai mandi kolam. Seronok... !.. bukan keseronokan jadi matlamat tapi kebahagiaan...

Keselamatan...mesti pakai jeket
Fathi dan adik Fatihah di kolam renang

Relax ...tak pandai berenang tu ! ...bergaya je

Fathi dan adik Fatihah penat mandi makan....
Selesai mandi dalam kolam mama perintahkan
Fathi dan Fatihah mandi air paip pula....
bersihkan badan sebelum naik tempat rehat.....
Dirumah inilah kami berehat....
....kena bayar lah sikit !...jarang-jarang sekali...rehat anak beranak...

Fathi Pandai Berbasikal

Fathi Pandai Berbasikal....

Abi beli basikal yang Fathi naik ini ketika Fathi umur 5 tahun.

Basikal ini asalnya bertayar tiga yang Fathi naik diatas rumah.

Akhirnya tinggal dua. Jadi seperti basikal biasa. .

Sekarang Fathi pandai pandu basikal tayar dua.
.
Abi dan mama kata, "Fathi dapat nombor satu dalam peperiksaan nanti abi dan mama beli basikal baru".

Fathi akan belajar, membaca dan buat latihan bersungguh-sungguh dan buat kerja rumah yang di bagi oleh cikgu. InsyaAllah.

Isnin, 9 Ogos 2010

Fathi Bersukan

Sukan Tahunan Ittihadiah Tanjung Pagar

Pertandingan 'cepat habis makan timun cina'

Sukan tahunan disesebuah sekolah adalah suatu kemestian demi kelangsungan masa depan dan kejayaan sesebuah sekolah.
.
Siapa siap habis makan timun cina [tembikai] terus berlari dapatkan nombor. Muhammad sudah siap. Fathi masih makan....lambat siap kerana asyik perhatikan sahabatnya makan.

Yang paling gembira ialah pelajar-pelajar yang baru kenal sukan. Lalu dipanggil mereka 'main sukan'. Perkataan 'main' dimasukkan.

Ahmad Fathi juga tak ketinggalan. Suatu suasana baru dalam keadaan tak pandai lagi bertanding. Fathi memahami sukan hari ini adalah 'main' bukan 'bertanding'.

Selasa, 3 Ogos 2010

Fathi Fikri

Fathi sekarang dalam tahun satu di Sekolah Agama Ittihadiah Tanjung Pagar. Kampung Tanjung Pagar terletak tiga kilometer dari Pekan Ketereh.
.
Fathi bersekolah disini sejak umur enam tahun lagi iaitu di peringkat pengajian pra.
.
Fathi suka belajar disini sebab ada ramai kawan dan cikgu semuanya baik belaka. Peperiksaan penggal baru-bari ini Fathi dapat nombor 18.
.
"Abe Tah tak dapat hadiah basikal sebab Abe Tah tak dapat nombor satu", kata mama kepada Tah selepas Tah bawa balik buku keputusan Tah untuk abi tandatangan.
.
Tah tak kisah abi dan mama tak bagi basikal baru kepada Tah sebab Tah dah ada basikal lama tu dan memang Tah gagal dapat nombor satu.
.
Tah akan belajar dan membaca sungguh-sungguh untuk dapat nombor satu....insyaAllah.
.