Isnin, 20 Jun 2011

Pendidikan Disiplin...rambut pendek

Anugerah Allah SWT kepada Ahmad Fathi Rabbani, Ainul Fatihah Mujahidah dan Ahmad Fathan Jundullah....anak-anak abi dan mama. Fathi bertuah kerana masih punya Tok Ayah Haji Awang, ayahanda kepada abi. Abi kata, Tok Ayah dilahirkan pada 1924. Umur Tok Ayah ialah......2011 - 1924 = 87 tahun.

Umur Tok Ayah sudah 87 tahun ? Panjang umur Tok Ayah. Alhamdulillah. Fathi dapat belajar al-Qur'an dengan Tok Ayah.


Pendekkan rambut dengan mesin Pak Cik Haji Harun pada nombor 1. "Tah tak mahu pendek sangat, tak mahu botak" "Tak mahu botak kena nombor 3" "Tah tak mahu nombor 3, nak nombor 1". "Nombor 1 jadi botak". "Tah nak nombor 1" "Nombor 1...nombor 1...nombor 1 tapi tak mahu botak". Abi suka Tah botak lalu abi suruh Pak Cik Harun buat nombor 1, jadi botak kepala Tah.


Pak Cik Harun jadi tukang gunting Tah sejak kecil. Abi kenal Pak Cik Harun sejak 1986 dulu. Lama sungguh dah tempoh perhubungan.


Abi merakamkan Tah sedang pendekkan rambut ini kerana abi mahu sejarah hidup Tah menjadi pengajaran kepada Tah. Tah baca ;lah apa yang tercatat ini. Abi harap Tah berambut pendek sehingga kemasa depan lagi. Hari ini ramai anak muda yang berambut panjang. Kadang-kadang macam rambut orang perempuan. Orang lelaki tidak boleh menyerupai orang perempuan. Allah Taala haramkan orang lelaki menyerupai orang perempuan.








Sabtu, 18 Jun 2011

Hari Guru 2011 Ittihadiah Tanjung Pagar Ketereh





















.












.
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































16 Jun 2011, Khamis lalu sekolah Fathi mengadakan sambutan Hari Guru.