Ahad, 4 Disember 2011

Fathi Hijrah 'sssunat'

Program musim cuti Fathi

Ahad, 4 Dec, 2011.... Tah selesai cukur rambut di Kedai Gunting Ketereh. Botakkan kepala.


Isnin; 5 Dec, 2011. Tah akan bersunat.....jam 11 pagi Tah masuk bilik 3 di Klinik Doktor Ziad Zahari Melor. Relaaaaax menunggu doktor jalan operasi.


Doktor memulakan operasi. Tah rasa gerun bila nampak gunting ditangan doktor. Apa yang doktor nak buat lagi ni. Tah tanya abi, "abi lambat lagi kah ?...siap dah abi ?..."


Tah berjalan keluar dari Klinik Ziad menuju kekereta untuk pulang kerumah. Mana Tok Ki ? "Tok Ki dalam kereta tunggu Tah".Ada robot sebagai teman Tah. Jemu dok berbaring sepanjang hari






Ada kawan baik Tah.....adik Alan ....'Ahmad Fatham Jundullah' yang berumur 2 setengah tahun.

Jemu sangat, tengok Upin Ipin dalam Galaxy Tab.


Abang Tah kena berkas


Rabu: 7 Dec, 2011...dalam keadaan abang Tah 'berpantang'.....terlampau pantang menyebabkan abang Tah sakit perut, muntah... terpaksa ke Klinik Ziad lagi. Doktor Ziad bagi ubat tablet Dhacopan Tab 10 mg ( Hyocine )


Khamis: 8 Dec, 2011...nasib baik ada adik Fatihah ..."terima kasih adik Fatihah Mujahidah" ...yang seorang lagi dibelakang tu asyik adik Alan [ Ahmad Fathan Jundullah ].


































































Jumaat, 15 Julai 2011

Perkara baru bagi Fathi

Lawatan Fathi

Fathi tanya, "pokok apa ni ? " "Pokok getah"

Sempena ziarah ke Taufikiah, Kampung Pek, Machang hari ini Fathi dapat kenal pokok getah.

Abi menceritakan panjang lebar tentang pokok getah. Teruja Fathi "getah keluar dari batang pokok itu...itu kah getah ? "


Abi minta Fathi turun dari kereta dan sentuh pokok getah. Inilah benda baru bagi Fathi hari ini.



Isnin, 20 Jun 2011

Pendidikan Disiplin...rambut pendek

Anugerah Allah SWT kepada Ahmad Fathi Rabbani, Ainul Fatihah Mujahidah dan Ahmad Fathan Jundullah....anak-anak abi dan mama. Fathi bertuah kerana masih punya Tok Ayah Haji Awang, ayahanda kepada abi. Abi kata, Tok Ayah dilahirkan pada 1924. Umur Tok Ayah ialah......2011 - 1924 = 87 tahun.

Umur Tok Ayah sudah 87 tahun ? Panjang umur Tok Ayah. Alhamdulillah. Fathi dapat belajar al-Qur'an dengan Tok Ayah.


Pendekkan rambut dengan mesin Pak Cik Haji Harun pada nombor 1. "Tah tak mahu pendek sangat, tak mahu botak" "Tak mahu botak kena nombor 3" "Tah tak mahu nombor 3, nak nombor 1". "Nombor 1 jadi botak". "Tah nak nombor 1" "Nombor 1...nombor 1...nombor 1 tapi tak mahu botak". Abi suka Tah botak lalu abi suruh Pak Cik Harun buat nombor 1, jadi botak kepala Tah.


Pak Cik Harun jadi tukang gunting Tah sejak kecil. Abi kenal Pak Cik Harun sejak 1986 dulu. Lama sungguh dah tempoh perhubungan.


Abi merakamkan Tah sedang pendekkan rambut ini kerana abi mahu sejarah hidup Tah menjadi pengajaran kepada Tah. Tah baca ;lah apa yang tercatat ini. Abi harap Tah berambut pendek sehingga kemasa depan lagi. Hari ini ramai anak muda yang berambut panjang. Kadang-kadang macam rambut orang perempuan. Orang lelaki tidak boleh menyerupai orang perempuan. Allah Taala haramkan orang lelaki menyerupai orang perempuan.








Sabtu, 18 Jun 2011

Hari Guru 2011 Ittihadiah Tanjung Pagar Ketereh





















.












.
































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































16 Jun 2011, Khamis lalu sekolah Fathi mengadakan sambutan Hari Guru.

Isnin, 16 Mei 2011

Abang - Adik Bergaduh ?

Hidup seharian kanak-kanak ada beberapa persamaan. 3 M.... makan, minum dan main adalah rutin dan perjuangan mereka. Cuma yang tak sama ialah suka makan, minum dan main apa. Ini yang berbezanya.

Suka main apa ? ...begitu juga minum dan makan apa perlu di beri perhatian. Tapi ada satu lagi M. M.... ini kita sebagai ibu bapa tak sukakannya. Kanak-kanak biasa dengan M ini. Bertuahlah ibu bapa jika anak-anak tidak memiliki M ini. M... ini ialah M.... malas. Bila disuruh sesuatu "malas". Kita jangan terkejut pula kerana M ini bergantung kepada umur mereka !

Orang tua pun ada M... M ...Manusia dengan M ... malas ini sebati. Tentu kita faham dan ingat bahawa Rasulullah pun berdoa, ".......dan aku berlindung dengan "kasl" ...." Bagi hamba Allah yang menghayati ma'thurat tentu menjadikan doa "berlindung dengan malas" ini suatu kemanisan baginya.

Ada satu lagi yang sama. 2 B.... bergaduh dan berbaik. Bergaduh dan berbaik bila-bila masa.

Abang yang mula dulu ke ? ..adik yang mula dulu ?

Bersalam...bermaafaan

Abi suruh abang Tah dan adik Fatihah berpelukan .... bermaaf-maafan

Sabtu, 15 Januari 2011

Fathi Memperdengarkan al-Qur'an

Fathi Baca Al-Qur'an
.
Memperdengarkan al-Qur'an yang telah dihafaz kepada Tok Ayah, Tok Ki dan Tok Wan adalah salah satu program Fathi. Bila balik ke Telipot, Batu Rakit Fathi akan baca depan Tok Ki dan Tok Wan
.
Tujuan pembacaan adalah untuk membantu supaya Fathi tambah kuat ingatan kepada al-Qur'an yang telah dihafaz. Sekarang Fathi telah hafaz Surah As-Syams

Kali ini Fathi baca depan Tok Ayah.


Gaya Tok Ayah dengar Fathi baca al-Qur'an...Tok Ayah kerana umurnya telah melebihi 80...

Syukur...Tok Ayah berkesempatan dengar Fathi baca al-Qur'an... Kepada Tok Ayah, Tok Wan dan Tok Ki...Tolong doakan moga-moga Fathi dapat menguasai al-Qur'an dengan baik.

Tok Ayah mendengar Fathi baca al-Qur'an yang telah dihafaz. Sehingga sekarang Fathi telah menghafaz dari Surah An-Naas hingga Surah as-Syams

Ahad, 2 Januari 2011

Fathi di tahun dua

Fathi ditahun dua di Ittihadiah Tanjung Pagar
.
Tema pembelajaran Fathi tahun ini ialah CEPAT BACA CEPAT PANDAI...CEPAT PANDAI CEPAT CERDIK