Sabtu, 4 Disember 2010

Nilam Puri


Abang Tah merenung masa depannya dari atas Masjid Kampung Laut. Abi telah buat keputusan untuk abang Tah ikuti program Kem Celik Al-Qur'an di KIAS Nilam Puri. Kelas akan bermula pada minggu pertama bulan Disember ini dan akan tamat pada 25 Disember nanti. Moga-moga penyertaan Ahmad Fathi ke program ini akan membuahkan hasil yang sebaik-baiknya. InsyaAllah.


Gambaran dari arah pintu masuk ke KIAS yang setiap hari jam 8:30 hingga 4:00 petang. Ada ketikanya pelajar akan belajar diatas Masjid Kampung Laut dan ada ketikanya pelajar akan mengikuti pelajarannya di dalam kelas mahasiswa KIAS.

Gambaran Masjid Kampung Laut dari arah masuk ke KIAS. Nampak keunikan dan kehebatannya. Hari ini sebanyak mana dana yang ada dari pihak mana pun tidak akan bina sebuah masjid yang bahannya seratus peratus kayu. Masjid Kampung Laut boleh dijadikan bahan bualan, kajian dan tatapan mata bahawa kebijaksanaan orang terdahulu mencapai tahap ilmu membanggakan hingga ke anak cucu hari ini.


Masjid bersejarah yang pembinaanya unik kerana tak berpaku. Kerana tak berpaku ramai yang meminati masjid ini. Bukan minat kepada masjid untuk sujud mengabdikan diri tapi minat kepada 'tak berpaku'. Namun ada juga yang semata datang untuk solat di masjid ini kerana bangga bahawa Masjid Kampung Laut ini 'bukan sebarang masjid'. Dari segi sejarah dan latarbelakang serta konsep pembinaan dan bahan binaannya.


Antara bangunan KIAS, yang menempatkan pelajar dari dalam dan luar Kelantan untuk melanjutkan pelajaran menggali ilmu sebelum meneruskan pembelajaran di luar negara.
Tidak ketinggalan dengan suami isteri dari Australia ini. Minat kepada keunikan pembinaannya. Saya sempat berbual sambil menunggu Ahmad Fathi.

Bersama Ahmad Fathan Jundullah....sambil tunggu abang Tah keluar kelas abi bersama adik Fathan.
Kawan-kawan abang Tah di Kem Celik Al-Qur'an.
Yang diatas masjid...dijendela tu ada Ahmad Baihaqi Fadhil.
Berdiri di papan kenyataan tentang Masjid Kampung Laut

Harapannya suatu hari nanti jadi penghafaz al-Qur'an

Akedemi Islam UM dari arah KIAS

Mula-mula masuk kelas ...hari pertama.

Orang kuat Kem Celik Al-Qur'an. Sedang memberi taklimat dihari pertama kem di dewan kuliah KIAS. Tahniah kepada mereka yang berpandangan jauh. Sanggup berkorban masa, tenaga dan pemikiran untuk mendidik anak bangsa...anak-anak pejuang supaya dapat akhirnya mewarisi perjuangan suci ini.

Sambutan menggalakkan.... Walaupun dikenakan RM 150 seorang, ibu bapa sanggup menghantar demi masa depan anak-anak. Mereka mahu anak-anak mereka menguasai al-Qur'an.

Kejayaan tidak semudah yang diucapkan. Juga tidak dapat dilihat dalam masa yang dekat. Para pelajar yang kini bertahap 'kanak-kanak' hanya pandai mengatur masa bermain dan makan saja. Nasib baik adanya mereka berpandangan jauh dan sanggup bekerja. Gabungan pihak berilmu serta diiringi dengan ibu bapa yang berkemampuan maka program al-Qur'ani sebegini dapat dijayakan. Kini, paling tinggi umur mereka 17 tahun, setahun dua lagi mereka menjadi 'orang tua'. Tenaga dan kemahiran mereka pula diperlukan dalam masyarakat. Paling tidak sebagai 'kepada berjamaah' di madrasah, surau dan masjid-masjid ditempet masing-masing. InsyaAllah. Begitu juga mereka-mereka yang terdahulu. Sambung menyambung cuma yang berbezanya teknikalnya. Moga-moga kita termasuk dalam golongan yng bertuah dan berjaya dengan al-Qur'an. Bagi mereka yang tidak mampu menghantar anak-anak ketempat seumpama ini, kita meyakini jika al-Qur'an yang menjadi keutamaan maka Allah akan membantu.


















































































































































































































































































Sedang dikemaskini

Bachok

Solat Jumaat di Bachok
.
Hari ini abi dan Tah solat Jumaat di Masjid Mahmudi, Masjid Jamek Bachok.
.
Istimewa masjid ini ialah kerana ia terletak berhampiran Pantai Irama Bachok.
.
Selepas solat abi dan Tah ke tepi pantai. Tah rasa nak berlari tepi pantai. Tah minta dengan abi untuk berlari tapi abi tak bagi kerana Tah masih berjubah.
.
"Apa ni abi ?". "Ni lah kapal yang rosak"

Isnin, 29 November 2010

Abang Fathi

Sambil menunggu sahabat di KB Mall, jam 2:30 petang, masuk pizza

Jumaat, 12 November 2010

Hafaz al-Qur'an

Jumaat
Tarikh: 5 Zulhijjah, 1431 bersamaan 12 November, 2010.

Hari ini Ahmad Fathi Rabbani dan abi solat Jumaat di Masjid Jamek Ketereh..... sedap solat di masjid ini....lapang dan nyaman. Tah selalu solat di masjid ini kerana ia dekat dengan sekolah Tah.


Ruangan solat dalam masjid ini tinggi menyebabkan udara banyak dan bergerak bebas. Lagi pun bila Tah solat disini Tah pasti dapat jumpa kawan Tah yang sama sekolah dengan Tah.
Setiap hari Jumaat selepas solat Jumaat Tah belajar al-Qur'an dengan abi. Tah suka belajar al-Qur'an dengan abi. Hari ini abi kata Tah baca al-Qur'an dengan suara yang perlahan. Abi suruh Tah baca dengan suara kuat.

Hari ini Tah mula hafaz Surah al-Bayyinah setelah seminggu menghafaz Surah al-Zalzalah. Surah al-Bayyinah sebanyak 8 ayat.


Tah bertuah kerana dapat belajar al-Qur'an dengan abi. Terima kasih abi kerana mengajar al-Qur'an kepada Tah. Tah akan selalu belajar al-Qur'an dengan abi. Tah berjanji...insyaAllah.

Tah dengar dan ikut cakap abi dan cakap mama. Tah tahu, bila dengar cakap abi dan cakap mama maka Tah jadi selamat dan jadi baik....insyaAllah.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Fathi belajar al-Qur'an

Jumaat
Tarikh: 8 Oktober,2010

Hari ini solat Jumaat di Masjid Jamek Ketereh

Imam duduk di mimbar ketika muazzin sedang azan kedua Jumaat bersedia untuk berkhutbah


Al-Qur'an di buka... Tah baca tak tengok al-Qur'an. Tah tak dibenar tengok al-Qur'an kerana surah ini dibaca untuk di hafaz. Tah baru hafaz surah al-Qaari'ah.
Tah nak jadi seorang hafiz ... Tah mahu hafaz al-Qur'an semuanya.....insyaAllah. Abi tolonglah doakan untuk Tah.


Selasa, 28 September 2010

Insiden... sedih...lucu pun ada...

Selasa
Tarikh; 10 Syawal, 1431 / 29 September, 2010

Kesian abang Tah...hari ini ujian paling hebat untuk abang Tah...suatu didikan yang mahal untuk abang Tah.

Paip rosak !!!...tercabut... air tak ada... sekarang jam 2:30 petang... macamana pagi tadi ? Keadaan ini telah lama juga dah !!!!

Keluar tandas...lindungkan diri disebelah tiang... tak ada air...macamana nak buat. 'Projek' nak keluar tak boleh ditahan. 'Projek' tak pandai jaga diri abang Tah...mahu keluar.. air tak ada....terpaksa buat keluar juga....nahas !!!


Pakai seluar cepat-cepat... kalau orang datang !!... malu...pecah rahsia abang Tah.


Terpaksa pinjam tandas pelajar muslimat dan kain sarung dari mussala sekolah kerana seluar kotor terkena 'projek' kecemasan.

Dengan wajah yang gembira lepas cuci 'projek' ....untuk pulang ...jam sekarang 3 petang


Terpaksa balik berkain sarung.... Kena ada persiapan 'seluar spare'...

Jumaat, 24 September 2010

Fathi di Hari Keluarga SMK. Pangkal Kalong

Sabtu - 16 Syawal, 1431 / 25 September, 2010.
.
Fathi mengambil bahagian juga dalam program hari keluarga SMK. Pangkal Kalong hari ini walaupun pada awal program pagi tadi tak mahu ikut langsung kerana asyik minta untuk mandi di kolam renang saja.

Fathi ada pengalaman mandi di kolam renang sebelum Ramadhan dulu bersama Fatihah. Mama tak benar mandi kolam. Kami telah putuskan, mandi kolam ketika program hampir berakhir kerana pagi ini keutamaan mengikuti program yang disusun oleh pihak sekolah.

Sabtu, 18 September 2010

Perjalanan... "dengar cakap"...insyaAllah selamat

Ahad 19 September 2010 / 10 Syawal 1431
.
Persekolahan dimulakan setelah bercuti selama 2 minggu termasuk cuti hari raya aidil fitri 1431 pada 11 September yang lalu. Ketika azan subuh Fathi sudah bangun buat persiapan ke sekolah. Bersemangat dan rindu untuk ke sekolah.

Dalam perjalanan ke sekolah seperti biasa abi perintahkan Tah baca al-Qur'an yang telah dihafaz. Tah baca satu persatu surah dari surah al-Fatihah. Tiba-tiba Tah sangkut, terlupa nama surah yang patut dibaca selepas surah al-Kafiirun.

Maka bermulalah tindakan dari abi. Kata abi, "Tak payah pergi sekolah hari ini. Tah kena belajar al-Qur'an dengan abi. Abi kecewa sungguh Tah lupa nama surah tu". Kebiasaan, selepas abi hantar mama di SMK. Pangkal Kalong abi hantar Tah di Ittihadiah Tanjung Pagar. Hari jadual berubah tiba-tiba, abi marahkan Tah kerana lupa nama surah tadi.

'payah baca huruf kha yang bersambung dengan huruf sin'

..... ini adalah bahan pengajaran al-Qur'an Ahmad Fathi Rabbani pagi tadi

Memang dua hari Jumaat dan Sabtu Tah telah mengabaikan bacaan al-Quran. Bila dua hari tak baca al-Qur'an menyebabkan Tah lupa. Abi kata, "Al-Quran amat cepat hilang apa yang dihafaz kalau tidak diulang baca selalu. Abi ada pengalaman masa belajar di Pakistan dulu"

Abi beritahu, tujuan tak hantar Tah kesekolah hari ini adalah untuk "memasukkan" dalam fikiran Tah bahawa "al-Qur'an lebih besar dari pengajian di sekolah".

Selepas belajar al-Qur'an, jam 12 tengahhari abi bawa Tah ke perpustakaan awam di Kampung Permatang Piah. Tah suka di perpustakaan ini. Inilah kali pertama abi bawa Tah ke perpustakaan ini.
Dari kanan: Tah, adik Ahmad Fathan Jundullah, Mak Ngah dan adik Ainul Fatihah Mujahidah dipintu rumah ... Mak Ngah datang ziarah kami... Mak Ngah yang 'mengasuh' Tah ketika kecil dulu

Ahad, 15 Ogos 2010

Kenangan Diambang Ramadhan

Mandi Kolam Renang Pantai Cahaya Bulan

Sebelum Ramadhan lalu, abi bawa Fathi dan Fatihah ke Pantai Cahaya Bulan. Kali pertama Fathi dan Fatihah merasai mandi kolam. Seronok... !.. bukan keseronokan jadi matlamat tapi kebahagiaan...

Keselamatan...mesti pakai jeket
Fathi dan adik Fatihah di kolam renang

Relax ...tak pandai berenang tu ! ...bergaya je

Fathi dan adik Fatihah penat mandi makan....
Selesai mandi dalam kolam mama perintahkan
Fathi dan Fatihah mandi air paip pula....
bersihkan badan sebelum naik tempat rehat.....
Dirumah inilah kami berehat....
....kena bayar lah sikit !...jarang-jarang sekali...rehat anak beranak...

Fathi Pandai Berbasikal

Fathi Pandai Berbasikal....

Abi beli basikal yang Fathi naik ini ketika Fathi umur 5 tahun.

Basikal ini asalnya bertayar tiga yang Fathi naik diatas rumah.

Akhirnya tinggal dua. Jadi seperti basikal biasa. .

Sekarang Fathi pandai pandu basikal tayar dua.
.
Abi dan mama kata, "Fathi dapat nombor satu dalam peperiksaan nanti abi dan mama beli basikal baru".

Fathi akan belajar, membaca dan buat latihan bersungguh-sungguh dan buat kerja rumah yang di bagi oleh cikgu. InsyaAllah.

Isnin, 9 Ogos 2010

Fathi Bersukan

Sukan Tahunan Ittihadiah Tanjung Pagar

Pertandingan 'cepat habis makan timun cina'

Sukan tahunan disesebuah sekolah adalah suatu kemestian demi kelangsungan masa depan dan kejayaan sesebuah sekolah.
.
Siapa siap habis makan timun cina [tembikai] terus berlari dapatkan nombor. Muhammad sudah siap. Fathi masih makan....lambat siap kerana asyik perhatikan sahabatnya makan.

Yang paling gembira ialah pelajar-pelajar yang baru kenal sukan. Lalu dipanggil mereka 'main sukan'. Perkataan 'main' dimasukkan.

Ahmad Fathi juga tak ketinggalan. Suatu suasana baru dalam keadaan tak pandai lagi bertanding. Fathi memahami sukan hari ini adalah 'main' bukan 'bertanding'.