Rabu, 28 November 2012

Program Qaryah Anak Soleh




< DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI >



"Mata Fathi merah", kata abi kepada Tah pagi ini.  "Mata Tah sakit".  Tah yang terakhir sekali, mula-mula adik Solehah, kemudian mama, lepas tu abi, lepas abi Kak Ila dan  Fatihah Mujahidah, kemudian Fathan Jundullah, Tok Ayah dan akhir sekali Tah yang kena serangan "mata merah".



Pagi ini juga abi bawa Tah ke Klinik Doktor Ziad di Pekan Melor  untuk rawatan mata Tah. Disebabkan mata Tah sakit, maka rancangan untuk mengikuti Program Qaryah Anak Soleh terpaksa dibatalkan.

Abi menghubungi Ustaz Din, pihak yang mengurus program ini.  Abi minta Ustaz Din mencari maklumat untuk program seumpama ini untuk Tah pada musim cuti tahun ini juga. Mana tahu ada lag program yang boleh diikuti selepas Tah mata Tah sihat nanti, insyaAllah

Abi pesan pada Tah supaya bersabar menghadapi penyakit mata ini dan jangan kecewa  kerana tidak dapat mengikuti program Qaryah Anak Soleh.  Penyakit yang menimpa setiap manusia semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Siapa yang mahukan susah dan penyakit.


Ani kata, niat Tah untuk ke program Qaryah Anak Soleh telah dapat pahalanya. InsyaAllah jika ada tempat lain Tah  dapat ikuti selepas sihat nanti. InsyaAllah.

Selasa, 27 November 2012

Program Cuti Sekolah 2012

 Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Tah sedang belajar al-Qur'an dengan abi.

Minggu depan Tah akan ikuti Program Qaryah Anak Soleh di Markas Dewan Ulamak [ MADU ] di Pulai Condong...insyaAllah.

Sebelum kesana Tah perlu lancarkan al-Qur'an.  Tah akan bermalam disana selama tiga malam


Masa Sentiasa Berlalu

< Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani >

Syukur..."al-hamdulilLAAH" 



Syukur...persekolahan untuk tahun 2012 berakhir hari ini. Tah tak sangka, tak terfikir abi rakamkan gambar Tah sedang heret beg sekolah untuk naik kereta. 

Abi dalam kereta, Tah heret beg, tapi dimana adik Fatihah Mujahidah.  Boleh jadi sayup-sayup di belakang depan pejabat sekolah Tah tu, itulah fatihah Mujahidah.  Dia pun nak bertolak dari tempat menunggu sebagaimana yan diperintah abi, "Tah dan adik tunggu abi disini, jangan ditempat lain

Ini pendekatan abi. Abi suka Fathi dan Fatihah Mujahidah tunggu abi depan pejabat sekolah sebab abi kira soal keselamatan. 

Mudah saja nak faham.  Andainya Fathi atau adik terjatuh atau sakit perut atau apa saja masalah senang untuk dimaklumkan kepada cikgu untuk minta tolong.    

Betul ke ?  "Betul...betul...betul"

Selamat B E R C U T I ...jumpa lagi tahun depan 2013, tahun empat.....  "insyaALLAH"