Sabtu, 18 September 2010

Perjalanan... "dengar cakap"...insyaAllah selamat

Ahad 19 September 2010 / 10 Syawal 1431
.
Persekolahan dimulakan setelah bercuti selama 2 minggu termasuk cuti hari raya aidil fitri 1431 pada 11 September yang lalu. Ketika azan subuh Fathi sudah bangun buat persiapan ke sekolah. Bersemangat dan rindu untuk ke sekolah.

Dalam perjalanan ke sekolah seperti biasa abi perintahkan Tah baca al-Qur'an yang telah dihafaz. Tah baca satu persatu surah dari surah al-Fatihah. Tiba-tiba Tah sangkut, terlupa nama surah yang patut dibaca selepas surah al-Kafiirun.

Maka bermulalah tindakan dari abi. Kata abi, "Tak payah pergi sekolah hari ini. Tah kena belajar al-Qur'an dengan abi. Abi kecewa sungguh Tah lupa nama surah tu". Kebiasaan, selepas abi hantar mama di SMK. Pangkal Kalong abi hantar Tah di Ittihadiah Tanjung Pagar. Hari jadual berubah tiba-tiba, abi marahkan Tah kerana lupa nama surah tadi.

'payah baca huruf kha yang bersambung dengan huruf sin'

..... ini adalah bahan pengajaran al-Qur'an Ahmad Fathi Rabbani pagi tadi

Memang dua hari Jumaat dan Sabtu Tah telah mengabaikan bacaan al-Quran. Bila dua hari tak baca al-Qur'an menyebabkan Tah lupa. Abi kata, "Al-Quran amat cepat hilang apa yang dihafaz kalau tidak diulang baca selalu. Abi ada pengalaman masa belajar di Pakistan dulu"

Abi beritahu, tujuan tak hantar Tah kesekolah hari ini adalah untuk "memasukkan" dalam fikiran Tah bahawa "al-Qur'an lebih besar dari pengajian di sekolah".

Selepas belajar al-Qur'an, jam 12 tengahhari abi bawa Tah ke perpustakaan awam di Kampung Permatang Piah. Tah suka di perpustakaan ini. Inilah kali pertama abi bawa Tah ke perpustakaan ini.
Dari kanan: Tah, adik Ahmad Fathan Jundullah, Mak Ngah dan adik Ainul Fatihah Mujahidah dipintu rumah ... Mak Ngah datang ziarah kami... Mak Ngah yang 'mengasuh' Tah ketika kecil dulu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan