Fathi ....dengar cakap abi dengar cakap mama....insyaAllah
Sabtu, 10 Januari 2015
Fathi Tahun 6, 2015
AHMAD FATHI RABBANI, tahun ini 2015 . .. .tahun enam di Sekolah Agama Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh. Akan menghadapi peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah [ UPSR ].
Kebiasaannya, ibu bapa telah merancang awal lagi perjalanan menuntut ilmu untuk anak-anak mereka. Bagi abi, diawal tahun lagi abi beritahu kepada Tah bahawa abi akan menghantar Tah ke Madrasah Tahfiz. Tidak kira Tah nanti dapat keputusan UPSR macamana pun.
Abi mahu Tah hafaz al-Qur'an. Abi kini sedang dalam proses bina MASJID UTHMANI [ http://masjiduthmani.blogspot.com ] disebelah Sekolah Menengah Agama Darul Ulum Al-Muhammadiah, Kampung Kolam, kampung Tah.
Abi bina masjid ada kerana abi ingin memperjuangkan agama, kata abi.
Isnin, 22 Disember 2014
Banjir Gelombang ke 2
Tah dengar sana sini orang cakap tentang banjir di Kelantan.
Khamis, 6 November 2014
Tah pakai jubah
Isnin, 27 Oktober 2014
Kemesraan kami
AHMAD FATHI RABBANI , saya lah tu, "Tah" ... Keluarga, semua ... .. dari Tok Ayah, Tok Ki, Tok Wan, Mak, ... semuanya panggil Tah.
..... dan adik-adik Tah ; Ainul Fatihah Mujahidah [ AFM ] , Ahmad Fathan Jundullah [ AFJ ] Saya AFR. Terima kasih abi dan mama yang memberikan nama yang baik ini kepada kami.
Ketika AHMAD FATHAN JUNDULLAH belum boleh berdiri, Tok Ayah pegang adik Fathan.
Label:
Adik beradik berempat
Khamis, 21 Ogos 2014
Memohon Kekuatan Baru
Berblog kembali 21 Ogos 2014
Assalamu 'alaikum warah matulLAH
Tah lama tidak berblog samada baca blog atau mencatat sesuatu. Hari ini Tah buat azam baru untuk aktif kembali berblog
Assalamu 'alaikum warah matulLAH
Tah lama tidak berblog samada baca blog atau mencatat sesuatu. Hari ini Tah buat azam baru untuk aktif kembali berblog
Rabu, 28 November 2012
Program Qaryah Anak Soleh
"Mata Fathi merah", kata abi kepada Tah pagi ini. "Mata Tah sakit". Tah yang terakhir sekali, mula-mula adik Solehah, kemudian mama, lepas tu abi, lepas abi Kak Ila dan Fatihah Mujahidah, kemudian Fathan Jundullah, Tok Ayah dan akhir sekali Tah yang kena serangan "mata merah".
Pagi ini juga abi bawa Tah ke Klinik Doktor Ziad di Pekan Melor untuk rawatan mata Tah. Disebabkan mata Tah sakit, maka rancangan untuk mengikuti Program Qaryah Anak Soleh terpaksa dibatalkan.
Abi menghubungi Ustaz Din, pihak yang mengurus program ini. Abi minta Ustaz Din mencari maklumat untuk program seumpama ini untuk Tah pada musim cuti tahun ini juga. Mana tahu ada lag program yang boleh diikuti selepas Tah mata Tah sihat nanti, insyaAllah
Abi pesan pada Tah supaya bersabar menghadapi penyakit mata ini dan jangan kecewa kerana tidak dapat mengikuti program Qaryah Anak Soleh. Penyakit yang menimpa setiap manusia semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Siapa yang mahukan susah dan penyakit.
Ani kata, niat Tah untuk ke program Qaryah Anak Soleh telah dapat pahalanya. InsyaAllah jika ada tempat lain Tah dapat ikuti selepas sihat nanti. InsyaAllah.
Selasa, 27 November 2012
Program Cuti Sekolah 2012
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tah sedang belajar al-Qur'an dengan abi.
Minggu depan Tah akan ikuti Program Qaryah Anak Soleh di Markas Dewan Ulamak [ MADU ] di Pulai Condong...insyaAllah.
Sebelum kesana Tah perlu lancarkan al-Qur'an. Tah akan bermalam disana selama tiga malam
Langgan:
Catatan (Atom)